Dion Cools menjaringkan jaringan pada minit keempat dalam perlawanan Buriram United menentang Trat FC bagi pusingan ke-18 Liga Thai 2023/24.

Gol tersebut turut membantu pasukan Buriram United untuk mendapatkan kemenangan tipis 4-3 ke atas Trat FC sekaligus membawa mereka ke kedudukan teratas Liga Thai dengan 39 mata keseluruhan.

Untuk rekod, Cools berjaya menjaringkan empat gol untuk pasukan Harimau Malaya selepas 24 kaps.