Dua jaringan mengangkat Jacque Faye sebagai Pemain Paling Bertenaga Extra Joss minggu kesembilan Liga Super.

Faye memastikan Negeri Sembilan tidak pulang dengan kosong dari Alor Setar selepas jaringan minit akhirnya mengikat Kedah Darul Aman2-2.

Faye terlebih dahulu membuka akaun jaringan perlawanan sebelum wisel penamat separuh masa pertama.