Stadium Astro
Mon Aug 19 2024
Pihak Polis memberkas lapan lelaki, termasuk remaja 16 tahun ekoran kekecohan yang berlaku ketika perlawanan bola sepak Liga Super antara Perak FC dan Johor Darul Takzim (JDT) di Stadium Perak, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Perak ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tujuh lelaki tempatan berumur antara 19 dan 32 tahun ditahan kerana membuat kekecohan dan provokasi yang boleh mengancam ketenteraman di tempat awam.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan di atas kesalahan melakukan gaduh gempar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Abang Zainal Abidin berkata, polis turut menahan seorang remaja tempatan berumur 16 tahun kerana menghalang tugas pegawai polis dengan membaling botol ke arah anggota polis yang sedang bertugas.
Menurutnya, hasil saringan air kencing didapati suspek juga negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas.
Katanya, pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada Pendakwa Raya Negeri Perak untuk cadangan pertuduhan ke atas semua suspek.
Justeru pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan yang melangkaui undang-undang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran orang ramai.
Dalam pada itu, perlawanan Perak FC dan JDT di Stadium Perak malam tadi terpaksa dirunda ke tarikh baharu ekoran faktor cuaca buruk dan keadaan padang yang tidak mengizinkan.
Perkara tersebut dimaklumkan melalui pengumuman yang dibuat oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) selain tarikh baharu perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan akan diumumkan kelak. - Astro Awani
JDT pahat sejarah baru dalam Malaysia Book of Records
Kemenangan 4-0 juara Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), berdepan Sabah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) merupakan penanda aras baharu kelab tersebut selepas merekodkan pencapaian yang menakjubkan musim ini.
Liga Super: Corbin Ong anggap semangat juang tinggi pacu kemenangan JDT
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Corbin Ong, mengakui gembira dapat membantu pasukannya mengatasi Sabah sekaligus mencatatkan rekod bersih tanpa tewas dalam kempen Liga Super 2024/25 setakat ini.
Liga Super: Info Siaran Langsung (Live Streaming) Selangor lawan KL City
Selangor pastinya ingin melebarkan penguasaan di tangga kedua Liga Super apabila bakal melayani kunjungan Kuala Lumpur City.
Liga Super: JDT bantai Sabah di Stadium Sultan Ibrahim
Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah menumbangkan Sabah 4-0 dalam saingan minggu ke-18 Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Liga Super: Kuching City tunjuk kehebatan benam PDRM di Selayang
Kuching City berhasil menduduki tangga kelima Liga Super Malaysia selepas membawa pulang tiga mata penuh menewaskan PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.
Liga Super: Tiada perubahan, khidmat Nidzam Jamil tidak diperlukan Negeri Sembilan
Kemenangan pertama Negeri Sembilan di laman sendiri musim ini dimeriahkan dengan kehadiran bekas jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Derby Lembah Klang, misi Seladang benam Harimau Kumbang
Ikuti perkembangan persiapan terakhir Kuala Lumpur City untuk bertemu Selangor bagi perlawanan Liga Super di Stadium KLFA, petang esok.
Resdung sekat Jafri Firdaus Chew berjumpa JDT.
Sabah berdepan dilema tersendiri sempena kunjungan ke kubu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), apabila kehilangan empat tonggak utama.
Liga Super: Hoben Jang Hoben raih kemenangan sulung di Paroi
Selepas melewati lebih 16 perlawanan Liga Super, Negeri Sembilan akhirnya berjaya meraih kemenangan sulung di laman sendiri apabila menewaskan Sri Pahang di Stadium Paroi sebentar tadi.
Info siaran latihan pasukan pasukan Liga Super!
Saksikan siaran langsung Nadi Bola latihan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Sabah, PDRM & Kuching City di saluran Astro Arena 802HD & Astro Arena YouTube sebentar lagi.
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through
Australian Open: Djokovic makes more grand slam history
Djokovic sets new major record
Australian Open: Sabalenka downs Bouzas Maneiro in round two
Sabalenka's surge continues
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton
Djokovic 'feels bad' he missed Nadal's farewell to tennis
Djokovic on missing Nadal farewell
Leyton Orient tee up glamour Man City tie in FA Cup
Leyton Orient tee up Man City tie
Forest not discussing Premier League title chances, says goalkeeping hero Sels
Forest not discussing title hopes
Celtic 'too passive' and 'not aggressive enough' in Dundee draw
Celtic 'too passive' v Dundee
Conceicao urges Milan to 'be more solid' despite late Como win
Conceicao: Milan need to be solid