Cristiano Ronaldo dinafikan kemenangan selepas Al-Nassr terikat 1-1 dengan Al-Raed dalam aksi pembukaan Liga Pro Saudi.

Mohammed Fouzair menyamakan kedudukan pada permulaan separuh masa kedua, menafikan gol pembukaan pemain berusia 39 tahun itu pada separuh masa pertama di Al Awal Park.

Al-Nassr mendominasi di awal permainan, dan pelawat gagal mengekang kualiti bintang Portugal itu apabila dia menanduk masuk hasil hantaran Sadio Mane.

Mereka bagaimanapun gagal mengekalkan kelebihan pada separuh masa kedua, Fouzair tenang menyempurnakan sepakan penalti selepas Aymeric Laporte dilayang kad merah atas kesalahan dilakukan dalam kotak.

Talisca menggegar palang dalam usaha Al-Nassr menjaringkan gol kemenangan, dan Ronaldo menyangka telah memastikan tiga mata namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Keputusan seri itu menyaksikan tuan rumah gagal menyertai Al-Taawoun di puncak liga yang sudah mengumpul tiga mata.