Pengurus Portugal, Roberto Martinez, melihat pencapaian luar biasa dilakukan oleh Cristiano Ronaldo dengan menjaringan sebanyak 900 gol sepanjang karier bola sepaknya sebagai inspirasi untuk sukan dalam bola sepak.

Ronaldo menjaringkan gol penting pada Khamis dengan jaringan kemenangan untuk Portugal 2-1 untuk mengatasi Croatia dalam saingan Liga Negara-Negara.




Pemain berusia 39 tahun itu telah menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman bola sepak dan Martinez berasakan tiada pemain yang mampu melakar pencapaian seperti Ronaldo.

"Saya tidak berfikir menjaringkan 900 gol adalah mudah, ia adalah satu pencapaian yang luar biasa dan memberi inspirasi buat kancah dunia bola sepak.

"Saya tidak berasakan sesiapa akan mengatakan bahawa Cristiano tidak mampu untuk melakukan, apa yang dicapai oleh Ronaldo sangat luar biasa.




"Bagi kami matlamat utama adalah dia membantu pasukan kebangsaan" kata Martinez menjelang aksi Portugal menentang Scotland.