Ketua jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio, menjangkakan cabaran sukar akan menanti pasukannya di pentas final Piala FA menentang Selangor hujung bulan ini.

Pengendali berusia 56 tahun itu berasakan apa yang penting adalah pasukannya perlu terus bekerja keras dan memperbaiki segala kelemahan yang ada menjelang aksi final pada 24 Ogos ini

Harimau Selatan berada di landasan terbaik untuk mempertahankan gelaran Piala FA, sekali gus mencipta hatrik kejuaraan itu sejak 2022.

"Aksi final amat sukar berbanding perkara lain," katanya seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

"Ia tentang 90 minit yang kami perlu berikan sepenuh fokus, kami perlu memberikan yang terbaik sebaik tiba dalam perlawanan itu dan mencari cara dan momen terbaik.

"Kami perlu meneruskan usaha kerana dalam bola sepak, anda sentiasa akan melakukan kesilapan, jadi kami perlu memperbaiki segala kesilapan dan meningkatkan kualiti kami," katanya.