Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, mengkritik beberapa pendekatan 'kamikaze' selepas mereka keluar dari pertandingan Eropah yang memalukan.

Kekalahan 0-1 kepada Bayern Munich di tempat sendiri merupakan kali ke-15 gawang mereka dirobek sepanjang enam perlawanan untuk pasukan bimbingan Erik ten Hag itu menduduki tangga tercorot Kumpulan A.

“Untuk menyumbat tiga gol dalam setiap perlawanan di tempat lawan tetapi masih tidak mengutip banyak mata, ini adalah satu jenayah.

"Ia bagaikan bola sepak kamikaze,” kata Ferdinand kepada TNT Sports.

“Anda akan raih apa yang sepatutnya. Jika anda tidak klinikal dan anda tidak dapat membunuh perlawanan maka sukar untuk mara ke fasa kalah mati.

"Saya fikir ia adalah senario terbaik buat terbaik. Saya lebih gemar Man United tersingkir dan menumpukan perhatian kepada liga berbanding bersaing ke Liga Europa dan berusaha lebih keras.”

Bekas pemain tengah United, Paul Scholes, kecewa mereka kurang mengasak dalam sebuah perlawanan wajib menang selepas meledak 12 gol dalam lima perlawanan sebelum ini.




"Dalam beberapa perlawanan mereka kelihatan sangat bagus, mereka mendapatkan gol pendahuluan dalam tetapi masih tidak mampu membunuh perlawanan," kata Scholes.

“Malam ini kami tidak pernah ada naluri bahawa Mancester United akan menjaringkan gol.

"Ini semua tentang mencari keseimbangan yang tepat dan merekaperlu berjuang dari awal."