Peter Cklamovski diumumkan sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya sementara Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan, demikian satu kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman sosial sebentar tadi.

Cklamovski dari Australia merupakan pakar taktikal yang berpengalaman luas di rantau Asia termasuk pernah mengemudi FC Tokyo di Jepun.

FAM meletakkan sasaran untuk mengungguli kelayakan Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 di Arab Saudi yang akan bermula Mac depan selain terus melonjakkan ranking negara dalam kelompok 100 terbaik dunia.





Sementara itu, Nafuzi selaku bekas ketua jurulatih Terengganu dan Kedah Darul Aman akan menggalas meletakkan tanggungjawab menjulang semula martabat skuad B-23 kebangsaan, terutama dalam kempen Kejuaraan B-23 ASEAN, Kelayakan Piala Asia B-23 2026 dan Sukan SEA di Thailand yang berlangsung tahun depan.

Antara penstrukturan semula FAM turut melibatkan ketua pegawai eksekutif dan pasukan perubatan baru yang akan dilantik.