Berikutan penstrukturan skuad Harimau Malaya yang akan bermula tidak lama lagi, terdapat beberapa khabar angin yang sedang berlegar-legar di ruang media sosial mengenai pembentukan pasukan negara.

Seperti diuar-uarkan sebelum ini, satu projek baru di bawah naungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menjadi revolusi pembangunan bola sepak negara ke arah lebih maju dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, disebut-sebut sebagai individu yang mengambil alih kempimpinan tersebut.

Peletakan jawatan Pau Marti Vicente selaku jurulatih pasukan kebangsaan selepas kempen Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 menghangatkan lagi situasi serta menimbulkan persoalan apakah yang bakal terjadi nanti.



Di sebalik isu tersebut, nama besar seperti Esteban Solari dan Benjamin Mora yang merupakan bekas pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi tumpuan peminat tempatan selepas terdapat desas-desus mengatakan mereka berdua bakal kembali ke tanah air bagi memperkuat misi tersebut.

Dalam masa sama, media antarabangsa turut melaporkan bahawa bekas pemain Australia, Tim Cahill, akan menerajui barisan kejurulatihan skuad negara.



Namun, masih tiada pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana pihak.

Sama-sama kita saksikan kesinambungan berita ini! Teruskan bersama Stadium Astro dan Astro Arena.