Turkiye terpaksa ketinggalan dengan dua jaringan pada separuh masa pertama ketika bertemu Portugal dalam saingan Euro 2024 di Signal Iduna Park, sebentar tadi.

Portugal turun dalam aksi kedua dengan rentak kemenangan ke atas Czechia dalam aksi pertama, mempamerkan permulaan yang cukup mengagumkan.

Deretan peluang demi peluang menyaksikan mereka mendominasi permainan dengan penuh bergaya.

Jaringan pertama terhasil menerusi rembatan pemain Manchester City, Bernardo Silva, yang melengkapkan umpanan Nuno Mendes pada minit ke-21.

Tujuh minit kemudian, Turkiye terpaksa meneruskan permainan dengan ketinggalan dua jaringan, berpunca daripada kegagalan sistem komunikasi antara pemain pertahanan dengan penjaga gol yang berpangkalan di Manchester United, Altay Bayindir.