Manuel Neuer berkata Jerman menikmati kepulangan ke Wembley bertemu England dalam pusingan 16 Euro 2020, 25 tahun selepas mengecewakan mereka dalam kejohanan tersebut.
Jerman berdepan penyingkiran daripada Kumpulan F awal pagi tadi sehinggalah pemain gantian Leon Goretzka menjaringkan gol penyamaan ketika seri 2-2 dengan Hungary di mana meletakkan skuad kendalian Joachim Loew itu mara ke pusingan 16.
Jerman kini berdepan Gareth Southgate dari England di London pada Selasa depan untuk memburu tiket ke suku akhir.
"Aksi yang mendebarkan, sengit hingga penghujung perlawanan," kata Neuer.
"England bakal mempamerkan aksi yang berbeza. Kami mahu terus maju dan Wembley sesuai untuk kami," tambahnya sambil tersengih.
England akan mencari peluang untuk menebus kekalahan separuh akhir Euro 96 kepada Jerman di Wembley apabila tuan rumah tewas menerusi penentuan penalti manakala Jerman mara ke final dan menang apabila mengatasi Republik Czech.
Hungary mendahului perlawanan di Munich menerusi kapten Adam Szalai sebelum Kai Havertz menanduk masuk gol penyamaan dalam separuh masa kedua namun pelawat kembali meletak pelawat di depan kurang dua minit kemudian menerusi Andras Schaefer.
Goretzka menyelamatkan maruah Jerman apabila pemain tengah Bayern Munich itu hadir menerusi bangku simpanan untuk menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat perlawanan.
"Saya gembira, kami tidak mempunyai keraguan dan penuh keyakinan menghadapi mana-mana pasukan dalam kejohanan ini," kata Goretzka.
Jurulatih Jerman, Loew, mengakui pasukannya melakukan banyak kesalahan, tetapi berjanji "kami akan lebih baik menentang England, saya dapat menjanjikannya."
Ammar Hakim
Thu Jun 24 2021


Pintu England sentiasa terbuka untuk Raheem Sterling -- Gareth Southgate
Raheem Sterling menjadi tajuk utama yang tidak tersenarai dalam skuad England Gareth Southgate ketika Eberechi Eze menerima panggilan pertamanya.

Piala Dunia Wanita: Arsenal sahkan Williamson cedera ACL, terlepas kempen bersama England
Kapten England, Leah Williamson, akan terlepas kempen Piala Dunia Wanita pada Julai depan selepas disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

Harry Kane mahu jaring 100 gol buat England
Harry Kane tidak menafikan bahawa dia mahu menjaringkan 100 gol buat England selepas menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negara itu dalam waktu rehat antarabangsa kali ini.

Kelayakan Euro 2024: James terlepas aksi bertemu Ukraine
Chelsea menilai tahap kecederaan Reece James selepas dia menarik diri daripada skuad England untuk perlawanan kelayakan Euro 2024 menentang Ukraine awal pagi esok.

Maguire akui tidak berasa dihargai sepenuhnya di Man United
Pertahanan tengah England, Harry Maguire mencadangkan dia tidak berasa dihargai sepenuhnya di Manchester United dan menegaskan pengaruhnya masih dirasai sepenuhnya di kelab itu.

Rooney label Harry Kane sebagai penyerang terbaik England
Wayne Rooney percaya Harry Kane layak dipandang sebagai penyerang terhebat dalam sejarah England selepas kapten itu menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman negaranya.

Kelayakan Euro 2024: Harry Kane lakar pencapaian luar biasa di Itali
Gareth Southgate berasakan pencapaian luar biasa Harry Kane membuktikan kekuatan mentalnya mengatasi rekod penjaring terbanyak England dalam kemenangan 2-1 ke atas Itali, awal pagi tadi.

Piala Dunia tidak lagi hantui Harry Kane -- Southgate
Ketua jurulatih England, Gareth Southgate, percaya Harry Kane sudah melupakan episod kekecewaan dalam Piala Dunia di Qatar yang lalu.

Kelayakan Euro 2024: England lupakan khidmat Marcus Rashford, Nick Pope
Marcus Rashford dan Nick Pope tidak dapat meneruskan komitmen bersama England bagi menghadapi kempen kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine akibat kecederaan.

Kelayakan Euro 2024: England panggil Toney, Trent terpinggir
Ivan Toney menerima panggilan tugasan antarabangsa menjelang dua perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 menentang Itali dan Ukraine hujung bulan ini tetapi Trent Alexander Arnold tidak tersenarai.

Steve Smith: Jack Leach will leave big shoes to fill for England in the Ashes
Leach will not face Australia due to a back injury.

Where might Lionel Messi go next after Paris St Germain spell ends?
An option to extend his stay with the Ligue 1 champions has not been activated.

Thilo Kehrer’s excitement rises ahead of the chance to achieve his West Ham goal
The Hammers last lifted a major trophy in 1980.

Charlton owner Thomas Sandgaard agrees to sell club to SE7 Partners
Former Sunderland co-owner Charlie Methven is a director of SE7 Partners.

Ange Postecoglou agrees to leave Celtic for Tottenham – reports
Postecoglou has reportedly agreed to become Spurs manager.

Kasatkina hits out at French Open crowd over booing after defeat to Svitolina
The ninth seed respected Svitolina’s stance of not shaking hands with Russian players.

The spinners England could turn to after losing injured Jack Leach for Ashes
Leach will play no part in this summer’s clashes with Australia due to a back injury.

Josh Tongue proud of England debut and thriving in ‘no-pressure’ environment
The Worcestershire seamer took five for 66 in Ireland’s second innings at Lord’s.

Kane, Mbappe and Osimhen – A look at Real Madrid’s possible striking targets
Karim Benzema is leaving the Bernabeu after scoring 354 goals in 648 appearances for the Spanish giants.

'Aku cinta kamu', Lin Dan jokingly tells Chong Wei
Amidst Lee Chong Wei's BWF Hall of Fame fiasco, a heartwarming video of the Malaysian legend teaching Lin Dan how to speak Bahasa Melayu emerged.