FOREST 4 SOUTHAMPTON 3
Pengurus Southampton, Ruben Selles, tidak pasti dengan nasibnya apabila meratapi kekalahan 3-4 di Nottingham Forest yang meletakkan mereka diambang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Saints tumbang di City Ground, awal pagi tadi dan mereka akan kehilangan status di peringkat teratas pada hujung minggu ini sekiranya gagal menewaskan Fulham atau keputusan di tempat lain tidak memihak mereka.
Sebaliknya, Forest keluar dari kelompok tiga terbawah dengan kemenangan penting yang diperoleh menerusi jaringan Taiwo Awoniyi, sepakan penalti oleh Morgan Gibbs-White dan gol menarik Danilo untuk mencetuskan harapan realistik mereka untuk mengelak daripada tergelincir dalam musim pertama mereka kembali ke divisyen utama sejak 23 tahun.
Gol Carlos Alcaraz, Lyanco dan James Ward-Prowse memastikan The Saints sentiasa mencengkam permainan, tetapi mereka kini perlu merenung nasib tergelincir ke Liga Kejuaraan.
Selles -- yang mengambil alih tugas daripada Nathan Jones dalam perjanjian hingga akhir musim ini -- ingin kekal di kelab itu tetapi mengakui keputusan bukan terletak di tangannya.
“Saya cuba melakukan yang terbaik dan seperti yang saya katakan sebelum ini, saya menjangkakan untuk memenangi lebih banyak perlawanan,” katanya.
“Ia adalah satu keputusan yang perlu dibuat oleh kelab. Saya gembira untuk berada di sini bagi tempoh 10 tahun akan datang -- sebagaimana yang saya katakan berkali-kali.
“Tetapi bukanlah hak saya untuk membuat keputusan itu. Saya hanya boleh berusaha setiap hari dan sudah tentu, dalam situasi yang kami hadapi sekarang, kedudukan semua orang tidak menentu.
“Kami hanya perlu mengendalikannya dengan cara yang terbaik terhadap apa sahaja yang berlaku, kemudian terus memandang ke depan dalam apa jua keadaan dan jika dapat bersama, maka ia lebih baik.
“Kelab akan membentangkan agenda untuk beberapa hari atau minggu akan datang tentang bagaimana untuk menangani perkara ini andai kami tersingkir. Memang satu kewajipa buat kelab untuk bertindak balas.
"Saya boleh memberitahu anda apa yang akan kami lakukan untuk minggu-minggu akan datang. Kami akan terus bekerja sebaik mungkin dan mengekalkan situasi demi masa depan dan individu yang bakal menggalas tanggungjawab ini."
Shaiful Shamsudin
Tue May 09 2023
EPL: Erling Haaland pacu Manchester City ke puncak liga, Guardiola puji strategi Russell Martin
Manchester City berjaya menduduki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan tunggal Erling Haaland seawal minit kelima memacu kemenangan pasukannya menewaskan Southampton 1-0 di Stadium Etihad, malam tadi.
EPL: Arsenal akan sentiasa cari jalan, kata Arteta selepas atasi Southampton
Mikel Arteta memberikan pujian kepada barisan pemain Arsenal selepas mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas Southampton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates lewat malam tadi.
EPL: Aksi cemerlang Onana jadi momentum kemenangan Man United
Erik ten Hag percaya aksi cemerlang Andre Onana menafikan sepakan penalti menjadi 'titik perubahan' susulan Manchester United kembali menemui rentak kemenangan apabila mengatasi Southampton 3-0 di laman lawan.
EPL: Man Utd kembali menang, mudah atasi Southampton di tempat lawan
Naib juara Perisai Komuniti, Manchester United, kembali di landasan kemenangan menewaskan Southampton di Stadium St. Mary dalam aksi Liga Perdanan Inggeris (EPL) selepas kecewa di tangan Liverpool bulan lalu.
Kehadiran penyokong final play-off Liga Kejuaraan lebih ramai dari final Piala FA
Masih lagi segar dengan kemenangan tidak dijangka Manchester United ke atas jiran mereka, Manchester City, terdapat satu berita berkenaan kehadiran penyokong yang agak mengejutkan
Southampton kembali ke EPL, lengkapkan 20 pasukan musim depan
Southampton menjadi kelab terakhir melengkapkan senarai 20 pasukan yang akan bertanding di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim depan.
EPL: Southampton tolak tawaran ketiga Liverpool dapatkan Romeo Lavia
Liverpool terus kecewa dalam pemburuan pemain tengah Southampton, Romeo Lavia.
James-Ward Prowse kini jadi buruan Tottenham Hotspur
Tottenham dalam usaha untuk memasuki persaingan untuk menandatangani pemain tengah Southampton, James-Ward Prowse bagi merampas perpindahan West Ham untuk bintang England itu.
EPL: Kepulangan Mitrovic pacu kemenangan Fulham, Southampton sah turun liga
Southampton tersingkir daripada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan apabila kepulangan Aleksandar Mitrovic selepas digantung lapan perlawanan membantu Fulham meraih kemenangan 2-0 di Stadium St Mary lewat malam tadi.
EPL: Southampton diambang tersingkir
Pengurus Southampton, Ruben Selles, tidak pasti dengan nasibnya apabila meratapi kekalahan 3-4 di Nottingham Forest yang meletakkan mereka diambang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).
Red Star Belgrade 5-1 Stuttgart: Five-star hosts earn first Champions League win
Report: Red Star 5-1 Stuttgart
Sturm Graz 1-0 Girona: Biereth fires hosts to first win
Report: Sturm Graz 1-0 Girona
McIlroy nominated for PGA Tour Player of the Year accolade with Scheffler and Schauffele
McIlroy nominated for PGA award
Walter dismissed as Hull coach after nine-game winless run
Walter sacked as Hull City coach
Suarez signs new one-year contract extension with Inter Miami
Suarez signs Inter Miami extension
Yamal named 2024 Golden Boy after Spain and Barcelona success
Yamal wins 2024 Golden Boy award
'We can score so many goals' - Amorim backs Man Utd to address struggles ahead of Old Trafford bow
'Man Utd can score so many goals'
Hurzeler unsurprised by Brighton's progress towards Champions League places
Hurzeler unsurprised by progress
Postecoglou relishing Roma test against 'unbelievable' Ranieri
Postecoglou: Ranieri 'unbelievable'
'I would have won title much earlier in the McLaren', claims Verstappen
Verstappen makes McLaren claim