Masih lagi segar dengan kemenangan tidak dijangka Manchester United ke atas jiran mereka, Manchester City, terdapat satu berita berkenaan kehadiran penyokong yang agak mengejutkan.

Ini apabila dikatakan perlawanan play-off Liga Kejuaraan antara Leeds United menentang Southampton mencatatkan lebih ramai penyokong berbanding final Piala FA.





Dengan rekod 85,862 ribu penyokong yang hadir ke Stadium Wembley semasa play-off, perlawanan Derbi Manchester hanya mencatat 84,814 ribu penyokong yang hadir.

Perbezaan 1,048 ribu penyokong yang hadir ini menjadikan ia satu perdebatan antara peminat-peminat bola sepak di England.