Kapten Jepun, Wataru Endo, dan Kapten Mesir, Mohamed Salah, pastinya kecewa selepas masing-masing tersingkir dalam suku akhir Piala Asia Qatar kepada Iran dan pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) berdepan Congo baru-baru ini.

Perlawanan separuh akhir, Jordan lawan Korea dan Iran berdepan Qatar di Piala Asia seperti 'JKIQ', "Jurgen Klopp Is Quitting" ibarat simbolik di situ.


Tetapi pastinya berita gembira buat Liverpool selepas kedua-dua tonggak ini apabila kembali ke pangkuan The Reds dengan skuad kendalian Jurgen Klopp dalam momentum terbaik dengan rekod enam perlawanan tanpa tewas pada Januari.

Berkunjung ke Stadium Emirates pada Isnin dalam aksi liga pastinya satu lagi cabaran buat juara eropah enam kali ini apabila mereka masih berpeluang dalam perebutan trofi Liga Europa, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga.

Dua pemain yang pasti tidak diturunkan antaranya Darwin Nunez akibat kecederaan dan Conor Bradley yang kematian bapanya pagi tadi.

Dalam erti kata lain, jentera serangan Liverpool bertambah variasi dalam meneruskan tempo positif.