Pemain muda Manchester United, Kobbie Mainoo, berasakan kelabnya itu perlu mula fokus pada perlawanan akan datang dan memperbaiki setiap kesilapan kecil selepas pasukannya itu hampir meraih kemenangan yang menakjubkan ketika menentang Liverpool, kelmarin.

Tidak ramai yang menjangkakan apa-apa keputusan selain kemenangan buat pasukan kendalian Jurgen Klopp itu dalam perlawanan tempoh hari terutamanya selepas Luis Diaz memberikan pelawat kelebihan dengan jaringan pendahuluan pada separuh masa pertama.



United tidak melakukan sebarang rembatan sehingga minit ke 50 apabila sepakan berani Bruno Fernandes dari jarak 45 ela menjadi titik kebangkitan buat The Red Devils untuk bermain dengan lebih baik.

"Menjaringkan gol pertama saya di Old Trafford, ia adalah perkara yang sukar dipercayai.

"Tetapi pada akhirnya kami tidak mendapat tiga mata, jadi ia tidak meninggalkan rasa yang baik bagi diri saya sendiri.

"Tetapi perlawanan adalah perkara yang akan memberikan kami mata dan itulah yang akan membawa kami untuk pergi lebih jauh dalam carta liga, itulah yang akan memberikan kami kemenangan dalam perlawanan dan perkara ini sangat penting.' katanya.

"Saya berasakan terdapat perkara kecil yang kami perlu perbaiki dan itulah yang akan membantu kami untuk memenangi permainan."

Ikuti Saluran Whatsapp Astro Arena di sini