Pertahanan Manchester United, Matthijs de Ligt, tidak menjadikan Erik Ten Hag sebagai faktor utama dia berpindah Old Trafford dari Bayern Munich.

Dia memulakan kariernya di Ajax di bawah kendalian Ten Hag sebelum ini, dengan ketika itu dia menjadi tonggak utama pasukan serta diberikan tanggungjawab memakai lilitan kapten.




Pemain berusia 25 tahun itu hanya bermain 89 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam debut pertamanya dengan menyaksikan pasukannya itu tewas kepada Liverpool 0-3.

"Erik ten Hag bukan satu-satunya sebab saya menyertai United. Kita bercakap mengenai Manchester United yang merupakan salah satu kelab terbesar di dunia.

"Terdapat banyak tekanan kerana peminat sudah biasa dengan perkara daripada masa lalu. Maka terpulang kepada kami untuk memberikan aksi terbaik.




Pemain Belanda itu bersama Noussair Mazraoui menyertai Red Devils dengan Bayern Munich merupakan antara tonggak penting yang akan mengemudi jentera pertahanan United untuk musim ini.