Terengganu membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat Sabah 1-1 aksi minggu ke-10 Liga Super 2024/2025 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan eawal minit keenam kubu Sang Badak diuji oleh pemain import Sang Penyu, Nelson Bonilla dimana percubaannya hampir menewaskan Damien Lim.





Selang empat minit kemudian Park Tae Su yang tidak dikawal melakukan hantaran rendah yang cantik sekali gus memudahkan import baharu Sabah, Joao Pedro, menajaringkan gol pembukaan untuk meletakkan tuan rumah dihadapan.

Ketika The Rhinos hampir selesa masuk ke bilik persalinan dengan mendahului 1-0, anak-anak buah Tomislav Steinbruckner mempunyai idea yang berbeza apabila percubaan daripada luar kotak penalti Ismaheel Akinade untuk menyamakan kedudukan untuk kedua-dua pasukan terikat 1-1.





Kedua-dua pasukan giat menyerang untuk menggandakan jaringan tetapi anak buah Datuk Ong Kim Swee terpaksa akur untuk berkongsi satu mata dengan pasukan pelawat tanpa sebarang jaringan dalam separuh masa kedua.

Keputusan itu menolak Sabah untuk berada di kedudukan keempat selepas sembilan perlawanan dengan mengumpul 14 mata. Manakala, Terengganu kekal di kedudukan ketiga liga dengan 16 mata selepas meraih empat kemenangan, empat seri dan satu kekalahan.