Baik Jurgen Klopp mahupun Pep Guardiola mahu menceritakan hal sebenar yang terjadi di antara pengurus Man City itu dengan Darwin Nunez selepas seri 1-1 dengan Liverpool, malam tadi.

Selepas drama di atas padang yang menyaksikan Trent Alexander-Arnold memadam jaringan awal Erling Haaland, adegan pertikaman lidah di antara Nunez dan Guardiola sempat dirakam kamera.

Klopp disamping Adrian, terpaksa menarik Nunez menjauhi pengurus tersebut sambil ditemani Curtis Jones dan Alexis Mac Allister sementara Vitor Matos cuba meredakan ketegangan dengan Guardiola.

“Emosi,” jelas Klopp.




“Saya tidak pasti adakah saya yang patut menjelaskannya kerana saya sama sekali tidak terlibat -- mengejutkan.

“Saya menyayangi kedua-duanya, jadi saya cuba bersikap tenang untuk meredakan situasi tanpa mengetahui 100 peratus tentangnya dan saya langsung tidak memahami sebutir perkataannya pun.

"Itu sahaja. Saya rasa ia sudah pun selesai.

"Ia didorong oleh emosi. Pep mahu menang, kami juga begitu. Kedua-dua pasukan tidak menang jadi tiada siapa yang gembira, kemudian perkara seperti ini berlaku."