Majoriti pemain utama The Reds bakal sertai skuad kebangsaan masing-masing tetapi tidak untuk Federico Chiesa, Curtis Jones, Joe Gomez, Vitezslav Jaros dan Darwin Nunez.

Kelayakan Piala Dunia, Liga Negara-Negara UEFA dan persahabatan antarabangsa dalam tempoh dua minggu ini perlu dimanfaatkan pemain yang kekal di Pusat Latihan AXA, Kirkby untuk raih perhatian pengendali dari Belanda bagi merebut kesebelasan utama.

Ada yang tidak dipanggil mewakili negara masing-masing melainkan Nunez yang digantung lima perlawanan untuk tugasan antarabangsa, Chiesa pula yang baru menyertai Liverpool saat akhir sebelum jendela perpindahan pemain tutup 30 Ogos lalu, perlu buktikan sesuatu nilai tambah di Merseyside.


Tiga perlawanan yang dilalui Liverpool cukup manis dengan rekod kemenangan 100 peratus ditambah kekebalan gawang tanpa bolos di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) menyaksikan Juara Eropah enam kali ini mengekori Manchester City di persada liga.

Walaupun masih terlalu awal untuk letak penanda aras buat pengendali berusia 45 tahun ini, taktikal yang dipamer Slot ketika ini membuahkan hasil dan masih belum merasai cabaran sebenar dengan kutipan 9 mata maksimum.