PERANCIS 3 ENGLAND 2
Didier Deschamps memuji skuad Perancis kerana pulih daripada "senario bencana" selepas Raphael Varane menerima kad merah untuk memenangi perlawanan persahabatan menentang England 3-2 di Paris, awal pagi tadi.
Skuad Les Bleus mengalami kekalahan 2-1 kepada Sweden dalam kelayakan Piala Dunia pada hujung minggu lalu hasil kesilapan yang jarang daripada Hugo Lloris di Stockholm, tetapi bangkit di gelanggang sendiri menentang pasukan Gareth Southgate itu.
Jaringan pembukaan Harry Kane dibalas dengan gol Samuel Umtiti dan Djibril Sidibe, bagaimanapun kapten England itu menyempurnakan penalti yang hadir selepas Varane diusir keluar kerana menjatuhkan Dele Alli berikutan penggunaan Sistem Video Pembantu Pengadil (VAR).
Ousmane Dembele akhirnya memastikan Perancis muncul pemenang di Stade de France dan Deschamps gembira dengan keazaman yang ditunjukkan oleh pasukannya.
"Ia sentiasa baik (menamatkan musim dengan kemenangan), terutama selepas kekalahan -- walaupun jika terdapat satu senario bencana bagi kami (dengan kad merah)," katanya kepada Telefoot.
"Kami bermain dengan 10 orang, jadi pujian kepada pemain kerana mengatasi pasukan England yang bagus.
"Saya kecewa dengan keputusan (menentang Sweden) dan ia berlaku. Saya membuat pilihan, ia tidak semua sama dalam konteks seperti di sini -- ia adalah satu perlawanan kelayakan, di sini adalah perlawanan persahabatan, pasukan berbeza.
"Pemain yang berpeluang bermain hari ini juga mempunyai banyak kualiti. Kami kurang bertenaga (menentang Sweden). Hari ini, kami banyak berlari."
Perancis akan kembali beraksi pada 31 Ogos bertemu Belanda yang satu tangga dan tiga mata di belakang skuad Deschamps dalam Kumpulan A kelayakan Piala Dunia zon Eropah.
Penulis Jemputan
Wed Jun 14 2017


Euro 2024: Kem England cadang berkampung di tempat sunyi
Gareth Southgate berkata England akan menjauhi keriuhan kejohanan Euro 2024 pada musim panas akan datang dengan merancang ketenangan kem.

England tekal menuju puncak
Pasukan kebangsaan England berada di posisi cukup selesa, malah membanggakan ketika ini. Rekod mereka dalam Kumpulan C pusingan kelayakan Euro 2024 menyaksikan rekod enam kemenangan dan satu seri, gah di puncak.

Kelayakan Euro 2024: England kekal rekod tanpa kalah atasi Malta
England meneruskan rekod tanpa kalah dalam pusingan kelayakan Euro 2024 apabila menewaskan Malta 2-0 di Stadium Wembley awal pagi tadi.

Kelayakan Euro 2024: Ezri Konsa, Cole Palmer, Rico Lewis terima panggilan kebangsaan pertama England
Ezri Konsa, Cole Palmer dan Rico Lewis kesemuanya menerima panggial kebangsaaan pertama untuk bersama skuad senior kebangsaan England menjelang dua perlawanan terakhir pusingan kelayakan Euro 2024 bulan ini.

Kelayakan Euro: Ketiadaan John Stones ubah percaturan England
Kecederaan John Stones telah membuka peluang buat pengurus England, Gareth Southgate, untuk meneroka pilihan di pertahanan tengahnya dalam kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan Macedonia Utara.

EPL: Manchester City perlu rantai kemas Marcus Rashford
Pertahanan Manchester City, Kyle Walker, memberi amaran kepada rakan sepasukannya di kem England, Marcus Rashford, kekal sebagai lawan yang perlu digeruni.

Piala Dunia Ragbi: Afrika Selatan sekat England ke final dengan kelebihan hanya satu mata
Hasrat England untuk layak ke Piala Dunia Ragbi 2023 tidak kesampaian selepas tewas tipis 15-16 kepada juara bertahan, Afrika Selatan, dalam aksi separuh akhir di Stade de France awal pagi tadi.

Legenda England, Manchester United, Bobby Charlton meninggal dunia pada usia 86 tahun
Legenda Manchester United dan England, Sir Bobby Charlton, meninggal dunia pada usia 86 tahun malam tadi, demikian disahkan keluarga mendiang dalam satu kenyataan.

Piala Dunia Ragbi: Kesusahan rakyat jadi inspirasi Afrika Selatan -- Siya Kolisi
Kapten Afrika Selatan, Siya Kolisi, berkata kesusahan harian yang dihadapi oleh berjuta-juta rakyat negaranya menyemarakkan usaha Springboks untuk mempertahankan Piala Dunia Ragbi menjelang pertemuan separuh akhir menentang England hujung minggu ini.

Euro 2024: Harvey Elliott sasar tersenarai dalam skuad England
Harvey Elliott menegaskan dia bersedia untuk meningkatkan permainannya bagi mengintai peluang mewakili England dalam Euro 2024.

Bruno Fernandes excited for ‘amazing’ atmosphere at Galatasaray
United have lost away to Bayern Munich and Copenhagen and at home to Galatasaray in Group A.

Sheffield United agree to external probe into Maddy Cusack’s death, say family
Former Blades midfielder Cusack died at home in September, aged 27.

Phil Thompson has time for change but not complacency when it comes to Europe
Liverpool are aiming to guarantee top spot in their Europa League group this week.

76ers hand LeBron James worst loss of career
The Philadelphia 76ers dealt LeBron James the worst loss of his career with a 44-point rout of the Los Angeles Lakers on Monday.

Football rumours: Juventus eyeing swoop for Thomas Partey
Arsenal could use money from the sale of the midfielder to fund a move for Villa’s Douglas Luiz.

On this day in 2015: Jamie Vardy scores in 11th game in a row
He finished the season as the league’s second top scorer behind Golden Boot winner Sergio Aguero.

Man City unveil statue of club greats Mike Summerbee, Colin Bell and Francis Lee
The permanent bronze tribute on the west side of the ground captures the three players in dynamic poses characteristic of their styles of play.

‘What is the point of VAR?’ asks angry Gary O’Neil as Wolves lose at Fulham
Willian claimed all three points with a controversial late penalty.

Gary O’Neil says Wolves loss at Fulham may have ‘finally turned him against VAR’
Willian scored a stoppage-time winner from the spot.

Mike Phelan warns Man Utd not to get distracted by fierce Galatasaray atmosphere
This week’s game brings back memories of United’s famous visit to the Turkish giants’ hostile old ground in November 1993.