Ronaldinho mengumumkan bahawa dia tidak akan mengabaikan Brazil dan menafikan komen terdahulunya bahawa dia tidak lagi akan menyokong Selecao dalam Copa America bermula minggu depan.
Brazil kini dalam usaha untuk menjulang gelaran Amerika Selatan itu buat kali ke-10, di mana Colombia, Paraguay dan Costa Rica akan menanti pasukan bimbingan Dorival Junior itu dalam saingan Kumpulan D.
10 hari sebelum Perlawanan pembukaan Brazil menentang Costa Rica di Los Angeles, legenda Selecao itu tampil berkata bahawa dia sudah bosan dengan pasukan berkenaan dan tidak akan menyaksikan perlawanan mereka dalam kejohanan itu.
Juara Piala Dunia 2002 itu berkata skuad Brazil ketika ini beraksi dengan kurang rasa cinta terhadap jersi yang disarung mereka dan kurang perwatakan sambil berkata: "Saya tidak pernah lihat situasi seburuk ini."
Bagaimanapun, Ronaldinho kali ini tampil dengan berkata apa yang dimaksudkannya sebelum ini adalah pendirian ramai penyokong Brazil ketika ini dan bukan dari lubuk hatinya.
Dalam satu video yang dikirimkannya di laman Instagram, dia berkata: "Saya tidak akan mengabaikan bola sepak Brazil, tidak akan pernah.
"Saya tidak akan pernah katakan perkara seperti itu.
"Sebenarnya, kata-kata itu datang daripada penyokong Brazil sendiri. Itulah komen sebenar yang saya baca dalam internet.
"Bayangkan mendengar mesej seperti itu sebelum anda bermain. Motivasinya akan jatuh... sokongan pemain memberikan perbezaan yang besar buat pemain. Saya tahu apa yang sedang saya katakan.
"Apa yang pemain kita perlukan ketika ini adalah sokongan. Lebih keyakinan yang kita tunjukkan, lebih keyakinan akan mereka tampilkan di atas padang," katanya.
Muzaffar Musa
Sun Jun 16 2024
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu selepas kelab dari Libya, Al-Ahly Benghazi, secara rasminya mengumumkan kehadiran tonggak tersebut, sekali gus menjawab spekulasi kepada khabar angin perpindahannya sebelum ini.
Declan Rice yakin Arsenal mampu tamatkan kemarau piala
'Ia bergantung kepada kami' -- Itulah luahan pemain tengah Arsenal, Declan Rice, sambil menaruh keyakinan bahawa pasukannya mampu menamatkan kemarau tanpa piala musim ini.
EPL: Jaringan minit akhir Reece James selamatkan maruah Chelsea
Selepas Manchester City dan Liverpool, giliran Chelsea pula mencatatkan keputusan seri 2-2 berdepan Bournemouth dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge, awal pagi tadi.
EPL: Cubaan bawa pulang tiga mata gagal, Brentford sekat hajat Man City
Prestasi terumbang-ambing juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, terus menjadi alasan selepas diikat 2-2 oleh Brentford pada saat akhir di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
ACC Shopee Cup: Manuel Ott sedia pacu cabaran Terengganu di pentas Asia, liga
Arkitek Terengganu, Manuel Ott, enggan meletakkan dirinya dalam dilema untuk memikirkan mengenai kempen Piala Malaysia 2024/25 mahupun Kejohanan Kelab Asean ACC Piala Shopee 2024/25.
Kongres FAM: Perebutan kerusi presiden makin rancak!
Kongres Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin menarik apabila seorang lagi individu luar menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam badan induk itu.
Isteri saya adalah yang terbaik -- Guardiola bercerai selepas 30 tahun berumah tangga
Rumah tangga yang berusia 30 tahun Pep Guardiola akhirnya berakhir, menurut laporan di Sepanyol.
Penyokong Harimau Malaya harap bakat tempatan tidak terabai
Penyokong Harimau Malaya rata-ratanya melihat revolusi bola sepak negara daripada pandangan berbeza susulan akan mempunyai lambakan pemain warisan.
Penjaga gol utama wanita negara terbang ke Albania
Penjaga gol utama skuad bola sepak wanita negara, Azurin Mazlan, akan berkelana di Albania setelah melengkapkan perpindahan ke FKK Vllaznia selepas membantu Sabah meraih gelaran naib juara dalam kancah Liga Wanita Nasional (LWN).
Australian Open: Djokovic marks historic grand slam match in style
Djokovic overcomes stubborn Faria
NBA: Cavaliers bounce back to end Pacers' 6-game winning streak
Cavs bounce back, cool Pacers
Australian Open: Two-time champion Osaka rallies to beat Muchova
Osaka fights back to progress
Australian Open: Awesome Alcaraz marches on in Melbourne
No fuss for Alcaraz
Australian Open: Zheng offers no excuses as Andreeva fights back
Zheng out, Andreeva through
Australian Open: Djokovic makes more grand slam history
Djokovic sets new major record
Australian Open: Sabalenka downs Bouzas Maneiro in round two
Sabalenka's surge continues
Emery anticipates 'excited' Everton as Moyes returns to Goodison
Emery wary of motivated Everton
Djokovic 'feels bad' he missed Nadal's farewell to tennis
Djokovic on missing Nadal farewell
Leyton Orient tee up glamour Man City tie in FA Cup
Leyton Orient tee up Man City tie