Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, tidak rela kehilangan 'ayam tambatan' bola sepak negara itu susulan kecederaan serius yang menimpa Faisal Halim.

Hamidin telah melawat pemain Selangor itu di sebuah hospital pakar baru-baru ini dan menyarankan untuk Faisal melupakan dunia bola sepak buat seketika.

Hamidin turut mengulaskan bahawa Faisal perlu fokus kepada pemulihannya terlebih dahulu kerana itu lebih penting berbanding karier bolanya.

"Apa yang penting dia (Faisal Halim) perlu kembali sihat seperti sedia kala" katanya.

Kejadian malang yang menimpa tonggak utama Harimau Malaya itu berlaku pada hari Ahad apabila Faisal dihampiri olah dua individu bermotosikal sebelum bertindak untuk mencurah asid kepadanya.