Persatuan Sepak Bola Indonesia (PSSI) turut bersimpati terhadap insiden yang melanda pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim.

Ahad lalu, kecelakaan menimpa pemain Selangor, Faisal Halim, yang telah disimbah asid oleh dua individu yang tidak dikenali di Damansara.

Ia telah menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu telah mengalami lecuran tahap 4 dan telah menjalani dua pembedahan bagi membantu untuk memulihkan keadaannya.

Perkhabaran mengenai apa yang telah berlaku kepada tonggak utama pasukan negara itu telah mendapat perhatian PSSI.

A post shared by PSSI (@pssi)



Menerusi Instagram, PSSI mengeluarkan kapsyen, "Kami turut prihatin terhadap kejadian yang menimpa tiga pesepak bola timnas Malaysia.

"Come back stronger, Faisal Halim."

Selepas empat hari menerima rawatan akibat disimbah asid, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato' Sri Shahril Mokhtar, mengesahkan Faisal Halim sudah dibenarkan untuk makan dan cuba untuk melakukan latihan ringan sendiri pagi tadi.