Jaringan berganda Nathan Tella pastikan kemenangan Leverkusen 2-0 di Darmstadt.

Kemenangan 2-0 di Darmstadt pada Sabtu memastikan dua mata di puncak menjelang pertembungan puncak minggu depan dengan juara bertahan, Bayern Munich.

Skuad bimbingan Xabi Alonso tidak tewas dalam semua 29 perlawanan mereka setakat ini dalam semua pertandingan musim ini, berada di puncak dengan 52 mata.

Dua mata di depan Bayern yang menang 3-1 ke atas Borussia Moenchengladbach.

"Kemenangan yang sangat baik, permainan yang sangat baik. Persembahan juga, permainan yang sangat serius. Dengan kawalan yang baik, ia tidak mudah pada 15 atau 20 minit pertama.

Mereka mempunyai ruang untuk berlari, walaupun di dalam kotak. Selepas kami membetulkan itu, kami melakukan yang lebih baik. Sudah tentu, gol pertama dari Nathan [Tella] sangat penting.

Selepas itu, kami dapat beraksi dengan lebih sabar. Sikap pemain wajar dipuji dan ia adalah permainan yang bagus daripada kami dan saya sangat gembira. kata Alonso"