Xabi Alonso memuji barisan pemain Bayer Leverkusen selepas mereka kini berkelebihan lima mata di puncak Bundesliga, berikutan kemenangan 3-0 ke atas Bayern Munich.

Jaringan daripada Josip Stanisic, Alejandro Grimaldo dan Jeremie Frimpong cukup untuk mengatasi skuad kendalian Thomas Tuchel, dengan keputusan yang diperoleh menyaksikan Leverkusen tidak tewas dalam 21 perlawanan saingan liga Jerman.

"Kami melakukan tugas dengan baik sekali.Disiplin dan bermain sebagai satu unit adalah sesuatu yang cemerlang.

"Seluruh persembahan cukup baik. Semua pemain menunjukkan prestasi terbaik. Kami mempunyai peluang yang mencukupi dan mereka hampir tiada peluang.

"Saya mempunyai pasukan yang hebat, pemain yang hebat -- saya tidak boleh melakukannya seorang diri. Kami mempunyai tenaga yang hebat dan itulah kuncinya. Tiada rahsia. Pemain percaya dan itulah yang kami mahukan."