Presiden Nice, Jean-Pierre Rivere, menegaskan Hatem Ben Arfa tidak akan kembali ke Nice dari Paris Saint-Germain (PSG).

Ben Arfa menyertai PSG selepas beraksi semusim bersama Nice pada Julai 2016, dengan menjaringkan 18 gol dalam 37 penampilan di Allianz Riviera.

Tetapi bekas pemain Lyon, Marseille dan Newcastle United itu hanya membuat lima penampilan dalam kesebelasan utama bagi musim 2016-17 dan dilaporkan mahu berhijrah.

Berita tersebar mengenai ketersediaan Ben Arfa mencetuskan perpindahan semula ke Nice tetapi Rivere menyatakan pemain kebangsaan Perancis itu tiada dalam perancangannya.

"Saya menggemari Ben Arfa tetapi saya telah mengatakan bahawa dia tiada dalam perancangan pasukan," kata Rivere.