Dua jaringan Mbappe memastikan Paris St German (PSG) selesa ke peringkat Suku Akhir Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan 2-1 ke atas Real Sociedad seterusnya melengkapkan agregat kemenangan 4-1.

Dengan perkhabaran hebat mengatakan dia akan berpindah ke gergasi La Liga, Real Madrid, dalam masa terdekat ini, namum dia tetap memberikan aksi memukaunya dengan penyudah tajam di hadapan gawang.




"Semuanya baik, Tiada masalah dengan dengan dia (Luis Enrique) walaupun ramai orang berfikir begitu," katanya.

"Saya mempunyai masalah, tetapi bukan dengan jurulatih.

"Kami begitu berharap dapat berada di peringkat suku akhir.

"Saya tiada sebarang kata-kata ketika ini, saya hanya mahu bermain di dalam saingan Liga Juara-Juara.

"Ini adalah saingan yang amat penting, saya mahu sentiasa bermain dengan baik. Kadangkala perkara begitu berlaku dan begitu juga sebaliknya, tetapi saya tetap tidak akan berselindung."