Pemain tengah Liverpool, Luis Diaz telah menjadi sasaran perpindahan musim panas untuk Paris St Germain.

PSG dilaporkan Daily Mail berminat untuk menggantikan Kylian Mbappe dengan Luis Diaz -- namun Liverpool mungkin mahu melepaskan pemain tersebut dengan tanda nilai yang tinggi mencecah EURO145 juta.

Diaz menyertai Liverpool dari Porto dan mula mempamerkan aksi cemerlang di Anfield, menjaringkan enam gol dengan tiga bantuan dalam 27 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Dengan Mbappe dijangka menyertai Real Madrid musim panas ini, PSG kini mula mengalih perhatian mereka ke arah pemain The Reds, Diaz.

Ketika laporan mencadangkan pengurus pasukan, Jurgen Klopp, yang bakal meninggalkan Anfield penghujung musim ini, terdapat persoalan mengenai masa depan pemain berusia 27 tahun itu.