Bekas pemain Manchester United, Louis Saha, berasakan banyak pemain bola sepak yang ditinggalkan oleh isteri selepas bersara termasuk dirinya sendiri.

Dalam satu kenyataan dia menjelaskan: "Kita hidup dalam dunia yang menyedihkan. Berdasarkan apa yang saya lihat, banyak isteri kepada pemain bola sepak yang meninggalkan suaminya selepas pasangannya itu bersara. Saya seorang daripada mereka." katanya.




Terdahulu, Saha mengalami kemorosotan kewangan dan hampir kehilangan sebahagian besar kekayaannya susulan kurang pengetahuan dalam pengurusan kewangan.





Pemain kelahiran Perancis itu bersara daripada kancah bola sepak pada 2013 ketika berusia 35 tahun dengan sepanjang karier profesionalnya dia telah beraksi dalam 492 perlawanan dan telah menjaringkan 158 gol.