BURNLEY 1 ASTON VILLA 3

Unai Emery memuji Matty Cash yang serba boleh selepas menyumbangkan gol buat Aston Villa dalam tempoh lebih setahun ketika membantu mereka menang 3-1 di Burnley, awal pagi tadi.


Timbul spekulasi pemain antarabangsa Poland itu mungkin dalam perjalanan meninggalkan Villa Park musim panas ini tetapi pemain berusia 26 tahun tersebut membuktikan keupayaannya dengan meledak dua gol dalam tempoh 20 minit pembukaan penampilan ke-100 di Villa selain dua kali hampir menukarnya kepada hatrik.

Cash menggantikan Leon Bailey di sayap kanan dalam satu-satunya rombakan skuad yang menewaskan Hibernian 5-0 dalam perlawanan play-off Liga Persidangan Europa pertengahan minggu lalu -- Robin Olsen menggantikan Emi Martinez untuk mengawal gawang -- dan mencuri perhatian menerusi aksi bertenaga.

“Dia merupakan pemain serba boleh, dia pernah beraksi sebagai pemain sayap, kadang-kadang dalam empat pertahanan dan adakalanya di posisi lebih rendah, namun dalam pra-musim kali ini kami meletakkannya lebih tinggi sebagai pemain sayap,” katanya.



“Dia banyak membantu kami hari ini secara bertahan dan menyerang, di Nottingham Forest dia lebih kerap bertindak sebagai pemain sayap.

"Dua gol yang dihasilkannya merupakan contoh yang baik untuk kami tetapi kami tahu dia adalah pemain serba boleh.”