Erik ten Hag memberikan pujian kepada Manchester United kerana berhadapan dengan kesukaran dan melakar kebangkitan untuk menewaskan Aston Villa.

Seruan 'boo' bergema apabila The Reds ketinggalan 2-0 pada separuh masa tetapi suasana di Stretford End kembali menggamit keriangan apabila mereka bangkit untuk memastikan kemenangan.

Alejandro Garnacho berpeluang mengurangkan defisit jaringan namun VAR membatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid, tetapi pemain sayap Argentina memastikan United kembali mengikat kedudukan dengan dua jaringan sebelum jaringan kemenangan disempurnakan Rasmus Hojlund.

Ten Hag berasakan ia adalah tindak balas yang cemerlang daripada pasukannya, terutamanya di sebalik kekalahan kepada West Ham United.

"Mereka terus percaya kepada pasukan. Saya rasa penyokong kami, mereka berhak mendapatnya. Mereka sentiasa di belakang kami dan kami telah mengalami banyak halangan.

"Saya benar-benar gembira dengan persembahan daripada pasukan saya. Apa yang boleh dikendalikan dan dihadapi oleh pasukan -- begitu banyak halangan pada separuh pertama musim ini.

“Mereka berdaya tahan dan menunjukkan watak serta personaliti, untuk mengubahnya, dan saya sangat gembira dengan persembahan pasukan saya ini.

"Mereka mendapat ganjaran atas kerja keras mereka dan ia sebenarnya sukar dipercayai, begitu banyak halangan dan pasukan lain tidak mungkin dapat menanganinya. Manchester United boleh. Mereka mengekalkan keyakinan dan kepercayaan, walaupun ketika ketinggalan 2-0, mereka terus berjuang dan mendapat ganjaran."