Pemilik bersama Manchester United, Sir Jim Ratcliffe mahu melihat pasukan Arsenal menjuarai trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

The Gunners ketika ini berada dalam pertandingan tiga penjuru dengan Liverpool dan Manchester City untuk merebut kejuaraan.

Skuad kendalian Mikel Arteta kini mendahului carta EPL dengan perbezaan jaringan gol berbanding Liverpool.

City pula ketinggalan satu mata mata di belakang dengan baki 10 perlawanan yang perlu ditempuhi dalam usaha mempertahankan gelaran sebagai juara bertahan.

Sementara itu, Manchester United masih berjuang untuk sekurang-kurangnya menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas EPL bagi layak beraksi dalam kempen Eropah musim depan.

Memandangkan The Red Devils terkeluar daripada persaingan merebut kejuaraan EPL, Ratcliffe tiada pilihan selain terpaksa memilih Arsenal sebagai calon juara.

"Saya benci ketiga-tiga pasukan yang berada di kelompok teratas EPL. Mereka semua musuh!

"Apa pun, jika ditanya pasukan manakah yang saya pilih daripada ketiga-tiga pasukan itu untuk muncul juara, sudah tentu Arsenal.

"Arteta bukan sahaja pemain yang bagus semasa masih bermain, dia juga membuktikan kualitinya sebagai pengurus di sana," ujar Ratcliffe.-Sinar