CHIEVO VERONA 1 AC MILAN 4
Aksi memukau daripada pemain tengah, Suso, berjaya menamatkan rentetan empat aksi tanpa kemenangan buat AC Milan selepas membantu pasukannya menewaskan Chievo Verona 4-1 dalam saingan Serie A di Marcantonio Bentegodi, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Vincenzo Montella turun ke tempat lawan dalam keadaan tertekan selepas hanya meraih satu mata dalam empat perlawanan terakhir, termasuk ketika tewas 2-3 di tangan musuh setempat, Inter Milan.
Chievo yang berada di bawah bimbingan Rolando Maran pula mengharungi permulaan musim yang membanggakan selepas tidak tewas dalam enam aksi terdahulu untuk membolehkan mereka berada di tangga ketujuh liga.
Bagaimanapun, Suso yang pernah beraksi bersama Liverpool, meletakkan pelawat di depan ketika perlawanan berusia 36 minit menerusi satu sepakan lencong kaki kiri yang menewaskan penjaga gol Chievo, Stefano Sorrentino.
Pemain yang menjaringkan tujuh gol musim lalu buat Rossoneri itu sekali lagi menghukum pertahanan tuan ruma, apabila rembatannya dari sebelah kiri gol menyaksikan pertahanan, Bostjan Cesar, tertanduk bola masuk ke gawang sendiri ketika aksi berbaki dua minit menuju rehat.
Separuh masa kedua menyaksikan Milan terus mendominasi perlawanan dan berjaya meraih gol ketiga, kali ini menerusi Hakan Calhanoglu selepas pemain skuad kebangsaan Turki itu tenang menyudahkan lorongan Franck Kessie pada minit ke-55.
Tuan rumah merapatkan jurang pada minit ke-61 apabila Valter Birsa menjaringkan gol dari jarak dekat untuk memberikan sedikit harapan buat Chievo, namun kegembiraan itu tidak kekal lama selepas Nikola Kalinic menambah gol keempat buat AC Milan tiga minit kemudian hasil umpanan Suso.
Kemenangan 4-1 itu meletakkan anak-anak buah Montella di tangga kelapan liga, dipisahkan sembilan mata dengan kelompok tiga teratas.
Penulis Jemputan
Thu Oct 26 2017
Escudero: Sevilla lalui kempen terbaik
Kapten Sevilla, Sergio Escudero, memuji aksi rakan sepasukannya yang berusaha keras walaupun ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah oleh Bayern Munich.
Gattuso tolak status mahaguru
Gennaro Gattuso menyifatkan dirinya bukan seorang "guru" kejurulatihan selepas membawa AC Milan layak ke final Piala Itali, namun akui dia telah membuka mata banyak pihak.
Kredibiliti pasukan perubatan United dipersoal
Jose Mourinho mempersoalkan keputusan pasukan perubatannya selepas melihat Ander Herrera terpaksa dibawa keluar hanya setelah beraksi selama 17 minit ketika menentang Sevilla, awal pagi tadi.
Sevilla, United terikat tanpa jaringan
Hasrat Manchester United untuk membawa bekalan sekurang-kurangnya satu gol ke Old Trafford terpaksa dilupakan selepas terikat 0-0 ketika menentang Sevilla dalam aksi pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah di Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi tadi.
Final keempat buat Sevilla
Pasukan bimbingan Vincenzo Montella, Sevilla, melayakkan diri ke pentas final Piala Raja Sepanyol buat kali keempat dalam masa 12 tahun selepas menewaskan Leganes 2-0 di peringkat separuh akhir dalam aksi di Stadium Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi tadi.
Maradona bidas tindakan lantik Montella
Bekas bintang Argentina, Diego Maradona, mengkritik keputusan Sevilla untuk melantik Vincenzo Montella selaku pengurus bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Eduardo Berizzo.
Aksi hebat Suso julang Milan
Aksi memukau daripada pemain tengah, Suso, berjaya menamatkan rentetan empat aksi tanpa kemenangan buat AC Milan, selepas membantu pasukannya menewaskan Chievo Verona 4-1 dalam saingan Serie A di Marcantonio Bentegodi, awal pagi tadi.
Milan menang, Montella tidak puas hati
Pengendali AC Milan, Vincenzo Montella, menuding jarang ke arah jadual pasukannya yang padat menjadi punca kepada aksi longlai anak buahnya dalam saingan Serie A.
Montella puji aksi anak buah
Pengendali AC Milan, Vincenzo Montella, memuji aksi pemain-pemainnya yang mempamerkan aksi memukau untuk menewaskan Crotone 3-0 dalam aksi pertama Serie A di Stadium Ezio Scida, awal pagi tadi.
AC Milan tidak gopoh cari penyerang
Pengendali AC Milan, Vincenzo Montella, menyifatkan tiada tempoh akhir buat pasukannya mendapatkan penyerang baru bagi menyempurnakan skuad yang dibina.
'I'm probably more out than in' - Salah yet to be offered Liverpool extension
Salah not offered Liverpool deal
Sinner: Italy handled the pressure to retain Davis Cup
Sinner: Italy handled pressure well
Mbappe getting 'up to speed' with Real Madrid team-mates
Mbappe settling in at Madrid
India thrash Australia to take advantage in Border Gavaskar Trophy
India thrash Aus in first Test
LA Galaxy 6-2 Minnesota United: Hosts through to Western Conference final with rout
Report: La Galaxy 6-2 Minnesota
NBA: Celtics run winning streak to five games
NBA: Celtics post fifth win in row
Mbappe position switch works wonders for Ancelotti
Ancelotti finds new Mbappe role
Orlando City 1-0 Atlanta United: Enrique strike sets up Red Bulls clash
Report: Orlando 1-0 Atlanta
West Indies in control as Bangladesh battle to avoid follow-on
West Indies in complete control
Conte: Napoli need to focus on improvement, not Serie A lead
Conte wants more from Napoli