10 tahun lalu, pada tanggal hari ini, Malaysia buat kali pertama dalam sejarah dinobatkan sebagai juara Piala Suzuki AFF di Jakarta.
Tahun 2010 memberikan sekilas senyuman buat peminat bila sepak tanah air. Skuad emas 2010 itu mencetuskan fenomena luar biasa selepas memahatkan nama dalam buku sejarah bola sepak negara.
Selepas bermula hambar dengan kekalahan 1-5 di tangan Indonesia dalam perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Malaysia tidak memandang ke belakang untuk mengorak langkah bagi menempatkan diri selaku pasukan kedua terbaik Kumpulan A di belakang pasukan tuan rumah itu.
Kemaraan itu mempertemukan Malaysia dengan Vietnam di peringkat separuh akhir dan kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) ternyata sudah mencukupi untuk skuad negara menempah tempat ke final biarpun terikat tanpa jaringan dalam perlawanan kedua di Hanoi.
Dan perlawanan akhir mempertemukan kembali Malaysia dan Indonesia tetapi aksi di SNBJ kali ini menyajikan rencah berbeza.
Tanpa belas ihsan, Harimau Malaya mempamerkan aksi luar biasa di depan lebih 85,000 ribu penyokong tanah air dan berhasil membawa bekalan 3-0 ke SUGBK.
Meskipun tewas 1-2 dalam perlawanan kedua di SUGBK, ia tidak menghalang Malaysia untuk menjulang mahkota kejuaraan pertama kejohanan itu pada tanggal 29 Disember 2010.
Penyerang negara, Safee Sali, turut mencatat nama sebagai penjaring terbanyak setelah meledakkan lima gol sepanjang kejohanan itu.
Dalam satu temu bual khas Nadi Arena hari ini, pemain yang sinonim dengan jersi nombor 10 itu mengimbau kembali kisah disebalik kejayaan berkenaan.
"Apabila kami kalah dengan jumlah jaringan yang besar dalam perlawanan pertama, memang agak kecewa. Sebagai pemain bola sepak, kami mahukan pertemuan itu semula bagi membalas dendam kekalahan 1-5 itu.
"Saya sebenarnya mengalami kecederaan sewaktu latihan dan terpaksa direhatkan ketika menentang Laos (perlawanan kedua peringkat kumpulan).
"Dalam sedar tidak sedar, sudah 10 tahun selepas pasukan kita memenangi Piala AFF. Perasaan itu memang sukar digambarkan.
"Sehingga sekarang, pasukan kita tidak dapat mengulangi pencapaian itu. Perasaan itu masih segar dalam ingatan saya.
"10 tahun jangka masa yang lama. Saya mahu melihat generasi sekarang dapat rasa betapa gembira dan hebatnya ia. Walaupun ia hanya sekadar Piala AFF tetapi bagi pemain, ia seperti Piala Dunia di peringkat Asia Tenggara," katanya.
Bekas pertahanan kanan negara, Mahali Jasuli, yang turut memainkan peranan besar dalam kejayaan itu, pula menambah: "Jurulatih (Datuk K. Rajagobal) ada kata, apabila kami pakai jersi kuning, kami tewas 1-5, jadi jurulatih mahu kami memakai jersi berwarna biru dalam perlawanan seterusnya kerana mungkin jersi biru akan memberikan kami tuah
"Dalam perlawanan pertama yang kami tewas 1-5 itu, saya tidak bermain. Kemudian jurulatih beritahu bahawa saya perlu bermain dalam perlawanan kedua (menentang Laos) kerana jika tewas, kami akan pulang awal.
"Kami sebagai pemain ada lakukan bedah siasat juga bagi menghadapi perlawanan berikutnya.
"Selepas (kejayaan) 2010, semua orang sudah mula berbangga memakai jersi Malaysia. Sehinggakan di pusat membeli-belah juga ada yang memakai jersi Malaysia.
"Ia menjadi satu kebanggan buat saya apabila melihat rakyat Malaysia kini sudah berbangga untuk memakai jersi Malaysia," katanya.
Muzaffar Musa
Tue Dec 29 2020
Mencari jelmaan Safee Sali
Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, mengambil inisiatif untuk mencari 'jelmaan' dalam usaha terus mengharumkan nama Malaysia.
Safee buat kemunculan dalam E-Football
Bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mengesahkan keluar daripada persaraan dan kembali beraksi bersama Harimau Malaya di saingan Piala Asia!
SEPULUH: Safee versi kedua Mokhtar Dahari, kata mendiang Sathianathan
Mendiang B. Sathianathan lihat ada kualiti Mokhtar Dahari dalam Safee Sali
Info Siaran: SEPULUH angkat perjuangan Safee Sali bergelar pemain bola sepak profesional
Perjalanan legenda bola sepak negara, Safee Sali, dalam merintis pahit manis bergelar pemain bola sepak profesional diangkat dalam satu dokumentari terbitan Astro Arena, SEPULUH.
Penerbitan dokumentari Sepuluh langkah redONE buka mata mengenai pelaburan dalam sukan
Operator telekomunikasi, redONE, berharap pelaburan mereka dalam dokumentari Sepuluh terbitan Astro Arena dapat membuka mata ramai pihak tentang kepentingan pelaburan dalam bidang sukan.
Liga Super: PFAM dedah Kelantan FC dikenakan sekatan perpindahan pemain
Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) mendedahkan bahawa Kelantan FC kini sedang dikenakan sekatan perpindahan pemain selepas kelab Pantai Timur itu gagal melunaskan tunggakan gaji pemain dalam tempoh yang ditetapkan.
Kelibat Paulo Josue, Endrick mampu beri impak berbeza buat skuad kebangsaan -- Safee Sali
Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali, percaya kehadiran Paulo Josue dan Endrick dos Santos dapat memberikan impak berbeza buat skuad kebangsaan.
Mat Yo terkejut Safee Sali umum bersara
Bekas penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha, mengakui berasa terkejut dengan pengumuman persaraan bekas rakan sepasukannya, Safee Sali, hari ini.
Penyerang legenda negara, Safee Sali, umum bersara
Penyerang legenda negara, Safee Sali, mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional hari ini.
Safee Sali ikut jejak Gareth Bale?
Penyerang berpengalaman negara, Safee Sali masih lagi berstatus pemain bebas menjelang Liga Malaysia (Liga-M) musim baru.
IPL: Jadeja stars as CSK move into playoff places
Ravindra Jadeja top-scored with 43 runs and claimed three wickets as the Chennai Super Kings gained revenge on the Punjab Kings in the IPL.
PSV crowned Eredivise champions for the first time in six years
PSV needed a draw against Sparta Rotterdam to get their hands on the Eredivisie trophy but got the job done with a fifth consecutive win.
Rangers 4-1 Kilmarnock: Gers come from behind to keep pressure on Celtic
A strong second-half showing from Rangers ensured they will head into next weekend's Old Firm just three points behind Celtic.
Jokic salutes 'special' Edwards after influential Game 1 display
Jokic hails 'special' Edwards
Simeone insists Atletico 'cannot stop pushing' after narrow Mallorca win
Atletico Madrid tightened their grip on fourth place in LaLiga with victory over Mallorca, but Diego Simeone wants more from his players.
'It can only get better' - Sabalenka leaving Madrid Open 'with positive thoughts' despite Swiatek defeat
Sabalenka upbeat after Madrid Open
'It hurts to lose' - Inzaghi apologises after Sassuolo defeat
Inzaghi sorry for Sassuolo defeat
Inter Miami 6-2 New York Red Bulls: Messi makes more MLS history as Suarez scores hat-trick
Report: Inter Miami 6-2 NYRB
NBA: Edwards scores 43 to lift Timberwolves over Nuggets in Game 1
The Timberwolves got a huge performance from their superstar and took Game 1 on the road against the defending NBA champions
Seattle Sounders v LA Galaxy: Sluggish starts frustrating Vanney
Preview: Sounders v LA Galaxy