Bekas penyerang Harimau Malaya, Safee Sali, mengambil inisiatif untuk mencari 'jelmaannya' dalam usaha terus mengharumkan nama Malaysia menerusi penubuhan Super Safee Soccer School.

Dalam majlis pelancaran di Bandar Serenia, Sepang, hari ini, kemudahan akademi antara yang menjadi tarikan kepada ibu bapa bagi menggilap bakat anak mereka.

Menurut Safee yang mengumumkan persaraan persaraan pada 2023 di Nadi Weekend sebentar tadi: "Inilah masanya saya nak menyumbang kepada masyarakat tentang pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

"Saya nak kongsikan balik kepada komuniti untuk menjadi 'The Next Safee Sali atau The Next Pemain Harimau Malaya.

Dalam sesi pelancarannya pagi tadi, turut diadakan pertandingan merebut Piala Safee Sali yang terbahagi kepada tiga peringkat umur dan mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.





"Untuk pelan jangka masa panjang, saya mungkin akan kembangkan akademi ini di setiap negeri."