Penyerang legenda negara, Safee Sali, mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak profesional hari ini.

Selepas hampir dua dekad mengabdikan dirinya dalam sukan berkenaan, Safee, 39, akhirnya mengumumkan perkara itu dalam satu sidang media di ibu negara, sekali gus menamatkan karier gemilangnya sebagai seorang pemain legenda.

Pencaiapaiannya yang paling diingati sudah pasti ketika membantu Harimau Malaya menjulang Piala AFF pada 2010, di mana dia turut bergelar pemenang Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak dengan lima gol.

Sepanjang berbakti bersama skuad negara, dia telah mendaftarkan 23 gol daripada 76 penampilan peringkat senior.

Safee memulakan karier profesionalnya bersama Kuala Lumpur FA pada 2004 dan pernah mewakili pelbagai kelab bola sepak terbaik negara dan di rantau ini, antaranya Johor Darul Ta'zim (JDT), Kuala Lumpur City FC, Selangor FC dan Pelita Jaya FC (Indonesia).