Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, mengisytiharkan peruntukan dana sebanyak RP277 juta (RM80 juta) bagi projek pembangunan Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) yang akan bermula Januari 2025.

Durian runtuh tersebut disalurkan untuk memperkasa pasukan Sang Garuda yang semakin maju selain melakukan penambah baikan struktur bola sepak seluruh Indonesia.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PSSI, Erick Thohir, menerusi ciapannya di X yang bersyukur atas dana yang diberikan oleh pihak kerajaan Indonesia.


Sudah tentu, ia sedikit sebanyak menjadi suntikan moral skuad kendalian Shin Tae-yong bagi meneruskan misi dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

"Komitmen Bapak Presiden terhadap kemajuan bola sepak negara benar-benar luar biasa.

"Ayuh kita bawa Sang Garuda di persada dunia," katanya.