Bintang akademi bawah 15 tahun (B-15) West Ham United, Oscar Fairs, disahkan meninggal dunia akibat menghidapi penyakit barah yang meragut nyawanya, semalam.

Perkara itu diumumkan secara rasmi oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerusi laman X bagi mengingati pemain muda tersebut sebagai tanda solidariti kepadanya.



Penjaga gol berpotensi itu bergelut dengan tumor yang tumbuh di bahagian otak mengakibatkannya tidak dapat meneruskan kehidupan selain mempunyai impian untuk menyarung jersi skuad senior West Ham United.