Selepas sepi daripada arena bola sepak tempatan, Kelantan di jangka bakal membuat kemunculan semula bagi menghidupkan zaman kegemilangannya yang menggegar negara suatu ketika dahulu.

Berita itu tersebar luar di media sosial yang memberi banyangan bahawa skuad Sang Kijang akan kembali mewarnai saingan domestik.




The Red Warriors (TRW) hilang daripada radar kancah Liga Super Malaysia ekoran prestasi buruk yang melanda mengakibatkan pasukan tersebut tersingkir selain dibelenggu masalah kewangan yang meruncing.

Sebelum ini, Kelantan juga terlepas peluang beraksi dalam Liga A1 Semi-Pro kerana gagal mendaftarkan senarai pemain untuk bertanding.

Status pemilikan terbaru serta penyelesaian kepada isu kewangan masih belum dikenal pasti apabila tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Norizam Tukiman atau dikenali sebagai Zamsaham yang merupakan orang terakhir dalam struktur Kelantan.