Pemain warisan terbaru Indonesia, Kevin Diks, mendedahkan bahawa dia sangat kagum dengan semangat penyokong negara itu ketika perlawanan Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026, minggu lalu.

Meskipun kali pertama menyarung jersi Sang Garuda pada aksi bertemu Jepun di Stadium Utama Gelora Bung Karno, pertahanan berusia 28 tahun itu berbangga dapat berbakti bersama skuad kendalian Shin Tae-yong walaupun tewas besar kepada lawannya itu.



Kevin Diks merupakan pemain naturalisasi terbaru buat Indonesia selain pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Belanda bawah 21 tahun (B-21) sekitar 2014 sehingga 2016.



"Mereka sangat rendah diri dan begitu peramah. Sokongan peminat tempatan benar-benar gila.

"Saya tidak boleh meninggalkan hotel begitu sahaja. Jika saya melakukannya, saya akan dikerumuni oleh mereka dan memerlukan pertolongan pihak berkuasa," katanya.