Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti, memuji Luka Modric sebagai 'permata dalam sukan bola sepak' selepas pemain tengan veteran itu mempamerkan aksi cemerlang ketika membantu pasukannya melakar kemenangan mengatasi Deportiva Minera 5-0 dalam saingan Copa del Rey, awal pagi tadi.

Modric cemerlang menjaringkan gol keempat Los Blancos sebelum menamatkan perlawanan dengan catatan 5 jaringan tanpa balas sekali gus menempah slot ke pusingan 16 terbaik.






Pemain berumur 39 tahun itu baru sahaja memulakan aksi dalam kesebelasan utama buat kali kesebelas dalam 26 penampilannya dalam semua kejohanan musim ini.





"Modric adalah permata bola sepak buat ahli pasukan, para jurulatih dan juga para penyokong... Bagi saya dia adalah permata cukup hebat.

"Cara dia bersiap sedia untuk aksi sebenar adalah seaakan perlawanan Final dan patut dicontohi pemain muda sekarang." katanya.