Pelumba berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Asri, menyimpan hasrat untuk muncul juara keseluruhan selain elak daripada melakukan kesilapan di dalam perlumbaan YSD Track Series Grand Final yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, esok.

Izzah Izzati yang mewakili Kedah itu menganggap Anis Amira sebagai pencabar utama selain berwaspada dengan keupayaan pelumba seperti Nurul Aliana Syafika, Valencia Tan dan Nur Alyysa Mohd Farid.

Olimpian negara itu berharap dia melabuhkan tirai musim 2024 dengan kejayaan selepas mendominasi setiap acara dalam kejohanan tersebut, November lalu.

"Jika diikutkan persaingan dan kutipan mata terkini memang agak mencabar.

"Sekiranya saya melakukan kesilapan, saya akan dihukum sepenuhnya.




"Bagi saya, saya mahu membuktikan yang terbaik berbanding sebelum ini.

"Kalau boleh, saya ingin menjadi juara keseluruhan. Jika tidak, saya akan mencuba lagi tahun depan.

"Mereka semakin bagus dan sedang meningkat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.