Ketua Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran Moonton Games, Mohd Fikri Rizal, melihat Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai detik terbaik buatnya sepanjang tahun 2024.

Fikri Rizal memilih pencapaian perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, yang memenangi pingat gangsa negara serta nasib yang menimpa jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, ekoran dibatalkan pertandingan dalam acara keirin.

"Semasa dia disahkan tersingkir daripada acara pilihannya, ia bukan sekadar memecahkan hati saya, malah meluluhkan hati semua rakyat Malaysia kerana semua orang tahu betapa kerasnya dia bekerja.


"Saya berharap The Pocket Rocketman akan bangkit semula dan janganlah bersara," katanya.