Rob Page beranggapan Wales tidak seharusnya mengadakan perlawanan persahabatan dengan Korea Selatan awal pagi esok.
Wales akan mengharungi kelayakan Euro 2024 pada minggu depan apabila bertandang ke Latvia untuk pertembungan penting Kumpulan D, Selasa depan.
Tetapi peraturan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menetapkan bahawa negara dalam kumpulan kelayakan yang bernombor ganjil harus memenuhi tarikh kosong dalam kalendar apabila saingan kumpulan bermain.
Wales mengisi tarikh ini dengan mengatur perlawanan persahabatan bertemu Korea Selatan di Cardiff yang kini dibimbing Jurgen Klinsmann, tetapi pertembungan itu gagal menarik perhatian penyokong Wales apabila hanya 11,500 tiket terjual -- 24 jam sebelum sepak mula.
Page dijangka akan menurunkan pasukan bayangan menjelang empat hari lagi pertembungan dengan Latvia, lantas ketua jurulatih itu mengesahkan bahawa kapten, Aaron Ramsey, tidak akan diturunkan sambil menambah bahawa penyerang baru Tottenham, Brennan Johnson, pula akan mengisi bangku simpanan.
Malah, ulasan Page yang tidak menggemari perlawanan ini sedikit banyak mengendurkan keterujaan peminat.
“Kami perlu mengadakan perlawanan ujian ini. Sejujurnya saya lebih suka tidak beraksi,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
“Kami juga mengalami beberapa kecederaan. Perlawanan paling penting bagi saya ialah minggu depan dan kami perlu menguruskan pemain.
“Saya sudah pun mempunyai rancangan, minit permainan musim ini juga akan diambil kira.
“Akan ada banyak penggantian. Akan ada beberapa pemain yang diperkenalkan dalam babak kedua dan selepas sejam permainan.
"Kami akan cuba membawa anak-anak buah keluar dari padang tanpa sebarang kecederaan dan mempersiapkan mereka untuk Selasa depan.”
Shaiful Shamsudin
Thu Sep 07 2023
Ketiadaan Gareth Bale bukan satu masalah buat Wales -- Rob Page
Pengurus Wales, Rob Page percaya pasukan itu telah banyak berubah sejak persaraan Gareth Bale demi mencapai satu kemenangan menjelang Euro 2024.
Wales tuan rumah kepada Finland dalam separuh akhir play-off Euro 2024
Perlawanan akan berlangsung pada Khamis, 21 Mac di Stadium Cardiff City.
Kelayakan Euro 2024: Gol berganda Harry Wilson bantu Wales atasi Croatia
Harry Wilson meraikan penampilannya yang ke-50 bersama Wales dengan gol berganda, sekali gus membantu pasukan itu menghampiri kelayakan ke Euro 2024 dengan menewaskan Croatia 2-1 di Cardiff awal pagi tadi.
Piala Dunia Ragbi: Boffelli bintangi aksi Argentina singkir Wales dalam suku akhir
Emiliano Boffelli membintangi kemaraan Argentina ke separuh akhir Piala Dunia Ragbi 2022 apabila menyingkirkan Wales dengan kemenangan 29-17 dalam aksi suku akhir di Stade Velodrome lewat malam tadi.
Dua gol Kieffer Moore bantu Wales benam Gibraltar di Wrexham
Wales melewati aksi pemanas badan yang berkualiti menjelang aksi kelayakan Euro 2024 dengan menewaskan Gibraltar 4-0 di Wrexham.
Wales harap dapat adakan aksi persahabatan dengan Argentina
Wales kini dalam perbincangan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan juara dunia, Argentina.
Kelayakan Euro 2024: Kemenangan ringankan beban ketua jurulatih Wales
Wales menyalakan harapan mereka dalam kelayakan Euro 2024 dengan kemenangan 2-0 di Latvia menerusi gol peribadi ke-100 Aaron Ramsey dan David Brooks menggandakan kedudukan buat barisan kendalian Rob Page yang kedudukannya kian goyah.
EPL: Brennan Johnson ada potensi ke tahap tertinggi, kata Neco Williams
Neco Williams yakin bekas rakan sepasukannya di Nottingham Forest, Brennan Johnson, akan menyerlah di Tottenham dan memacu wales layak ke Euro 2024.
Wales kurang teruja aksi pemanas badan bertemu Korea Selatan
Rob Page beranggapan Wales tidak seharusnya mengadakan perlawanan persahabatan dengan Korea Selatan awal pagi esok.
Piala Dunia Ragbi: Louis Rees-Zammit kini lebih pantas, sedia pacu kegemilangan Wales
Pemain sayap Wales, Louis Rees-Zammit, percaya dia kini lebih pantas berbanding musim lalu dan bersedia untuk memperkasakan negaranya dalam aksi Piala Dunia Ragbi bulan depan.
Malone not moving on from Nuggets' 'embarrassing' loss to Knicks
Malone: Knicks loss 'embarrassing'
Kane blames Messi and Ronaldo for number nine shortage
Kane: Messi, Ronaldo changed no.9s
Ball shares unwanted NBA record as Hornets suffer 'self-inflicted' defeat
Share of unwanted record for Ball
Morant posts 22 points on return, Grizzlies 'different' with 'big three'
Grizzlies 'different' with Morant
General Motors reach agreement for F1 team in 2026
General Motors to enter F1 team
Cox replacement Bethell will bat at three for England Test debut
Bethell to bat at three for debut
Carragher lambasts Salah's 'selfish' contract talk
Carragher: Salah talk is 'selfish'
Arsenal must be 'ruthless' to earn statement win at Sporting, says Arteta
Arteta: Arsenal must be ruthless
NBA: Celtics stay hot, Warriors lose
Celtics stay hot, Warriors lose
Howe bemoans 'strange decisions' from Newcastle in West Ham defeat
Howe bemoans strange decisions