Victor Osimhen bakal terlepas 'derby' Serie A di antara Napoli dan Salernitana selepas penyerang itu difahamkan bakal kembali dalam skuad minggu depan untuk meneruskan pemulihan daripada kecederaan.

Pemain berusia 24 tahun itu juga sasaran Manchester United dan Chelsea tidak bersaing sejak pertengahan Oktober akibat kecederaan harmstring.

Osimhen telah mendapat lampu hijau daripada kelab untuk terbang pulang ke Nigeria namun bakal kembali selepas beberapa hari untuk membina kecergasannya.

"Dia telah membuat persetujuan dengan kelab", kata pengurus, Rudi Garcia, dalam sidang media.


"Saya telah berhubung dengannya melalui mesej, dan doktor beri jaminan dia bakal mengikuti program. Segalanya dalam keadaan baik dan dia bakal bersama kami minggu depan."

Napoli bakal berkunjung ke Salernitana tanpa Osimhen atau penyerang muda Lorenzo Russo.

"Bukan saya tidak peduli, tetapi sama ada Osimhen atau Russo cedera bersama, dan tidak dapat beraksi, maka saya harus beri tumpuan kepada siapa yang boleh beraksi," tambah Garcia.

"Ia takkan jadi perlawanan yang mudah, ia derbi pertama, mereka perlukan mata, tetapi kami hanya mahu satu keputusan positif iaitu kemenangan di sana, dan kami perlu terjemahkan versi terbaik Napoli, kami tahu apa yang perlu dilakukan."

Napoli kini berada di kedudukan kelima liga dan telahpun ketinggalan tujuh mata dibelakang pendahulu, Inter Milan.

Namun, Napoli berjaya bangkit selepas dibolosi dua gol pada separuh masa untuk mengikat AC Milan 2-2 esok, dengan dua jaringan di separuh masa kedua oleh Matteo Politano and Giacomo Raspadori.

"Kita kini telah melalui suku perjalanan liga, berbaki 3 lagi suku untuk kembali hampiri sesiapa sahaja yang berada di hadapan," kata Garcia.

"Dua gol dibolosi adalah dua gerakan pertama Milan, kami tidak beraksi dengan teruk tetapi kami sepatutnya boleh melakukannya dengan lebih baik, dan kami juga ada peluang untuk menyamakan kedudukan 1-1, tetapi perkara itu sudah lepas dan fokus beralih pada esok.

"Jelas apabila satu pasukan bangkit daripada 0-2 kepada hampir menang 3-2 di minit-minit terakhir separuh masa kedua adalah lebih baik dari segi keputusan. Ia sentiasa lebih baik untuk mengakhiri perlawanan dengan nota positif."

Salernitana kini di kedudukan tercorot liga, tanpa kemenangan dan hanya meraih empat mata dalam 10 perlawanan pertama.