Jika perjalanan Dustin Poirier benar-benar sudah tamat, UFC 302 adalah cara yang terbaik untuk bersara.

Melangkah ke ke pertarungan utama untuk mengejar gelaran buat kali ketiga, 'The Diamond' bertarung sepenuh hati untuk empat setengah pusingan, melakukan beberapa jatuhan serta melakukan beberapa pukulan hingga muka Islam Makhachev berlumuran darah dalam pertarungan yang menghiburkan sebelum kemenangan memihak 'Dagestani Destroyer' sekaligus mengekalkan gelaran dunia lightweight.

Sejurus selepas pertarungan, Dustin Poirier membincangkan masa depan perjuangannya, memberitahu semua orang bahawa 'ini mungkin terakhir kali'.


“Saya mengetahui saya mampu untuk bersaing dengan petinju MMA yang terbaik, tetapi jika saya bertarung lagi, apakah tujuannya? Hanya untuk bertarung? Saya telah melakukannya 50 kali. Saya tidak tahu. Saya kini sudah berkeluarga. Ada anak untuk dibesrkan. saya kena lihat terlebih dahulu. Saya rasa ini boleh jadi yang terakhir, sejujurnya,” kata Poirier.