Jaguh muay thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, menegaskan wang ringgit bukan motivasi utamanya setiap kali beraksi di gelanggang.
Sebaliknya, Johan, yang mesra disapa Jojo, menegaskan dia bertarung demi legasinya dalam sukan itu selain mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Johan, 18, yang baru sahaja menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) minggu lalu, akan kembali ke gelanggang One Championship pada Sabtu ini.
Bintang muda yang mewakili Rentap Muay Thai Gym itu akan membuat perhitungan dengan juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, dalam pertarungan ONE 167 di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
Pertarungan kali ini menawarkan bonus prestasi sebanyak AS$50,000 (RM235,332.68) kepada pemenang andai melepasi syarat ditetapkan.
“Saya tidak menjadikan wang sebagai motivasi utama kerana saya memang suka bertarung dan mahu buat Malaysia bangga.
“Kalau dapat ganjaran, saya anggap itu sebagai bonus,” katanya ketika sesi bersama media secara atas talian.
Mengulas mengani pertarungan dengan Tran Duy, Johan berkata: “Rasanya Tran Duy adalah lawan yang paling sukar sejak saya dalam bidang muay thai. Dia berpengalaman dan dia juga sudah lama dalam arena ini tapi saya sudah bersedia untuk berdepannya.”
Untuk rekod, kali terakhir Johan bertarung adalah pada 8 Disember tahun lalu, yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares, menerusi kemenangan ‘knockout’ (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.
Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak One Championship bernilai AS$100,000 (RM463,300).
--Sinar Harian
Stadium Astro
Tue Jun 04 2024
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Petinju MMA, Conor McGregor, telah diperintahkan membayar ganti rugi EURO248,000 (RM1.23 juta) selepas juri Mahkamah Tinggi di Dublin memutuskan dia melakukan serangan seksual terhadap Nikita Hand di sebuah hotel pada Disember 2018, menurut BBC.
UFC 307: Pereira tiada tandingan, pertahan gelaran kali ketiga
Juara dunia kategori light heavyweight, Alex Pereira, membuktikan kemampuannya berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pencabar, Khalil Rountree dalam saingan UFC 308 sebentar tadi.
JDT bakal teroka sukan tempur -- TMJ
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan bahawa pasukan juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu bakal membuka satu lagi cawangan sukan bagi mengukuhkan jenama JDT.
Belal Muhammad, anak Palestin pertama raih kejuaraan UFC
Belal Muhammad berjaya merampas gelaran milik Leon Edwards selepas menewaskan bekas juara welterweight itu dalam aksi UFC 304, pada Ahad.
Sama-sama ada ilmu, kini pilih jalan lebih 'gentlemen'
Sama-sama ada ilmu, kini pilih jalan lebih 'gentlemen' -- Baru-baru ini tular satu video berdurasi 1 minit 48 saat menunjukkan seorang lelaki India bergaduh dengan seorang lelaki cina yang merupakan ‘tauke’ kepada kedai runcit itu di Pulau Pinang.
One Championship: Jojo hanya fikir nak menang, bukan ganjaran
Jaguh muay thai negara dan bintang One Championship, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar, menegaskan wang ringgit bukan motivasi utamanya setiap kali beraksi di gelanggang.
UFC 302: Makhachev-Poirier saling hormat selepas ‘berkicap’
Kedua-dua petarung UFC ini dapat pujian melambung daripada peminat seluruh dunia.
UFC 302: Siapa lawan seterusnya buat Islam Makhachev?
Islam Makhachev sekali lagi menggunakan satu lagi tajuk utama UFC untuk mengukuhkan kedudukannya kerana menjadi yang terbaik dalam seni mempertahankan diri campuran hari ini.
UFC 302: Islam Makhachev beri bayangan sedia beralih kategori selepas pertahan gelaran
Jaguh UFC, Islam Makhachev, memberikan bayangan bahawa dia bersedia untuk beralih ke kategori lebih berat selepas mempertahankan gelaran lightweight buat kali ketiga dalam pertarungan UFC 302 di Prudential Center, New Jersey sebentar tadi.
UFC 302: Ini mungkin terakhir kali -- Dustin Poirier beri bayangan bakal bersara
Jika perjalanan Dustin Poirier benar-benar sudah tamat, UFC 302 adalah cara yang terbaik untuk bersara.
'Phenomenal' Leao can be 'best in the world', says Conceicao
Leao can be 'best in the world'
NYCFC appoint Jansen as new head coach
Jansen new NYCFC head coach
Inzaghi laments Inter's lack of control in Supercoppa Italiana derby defeat
Inzaghi laments lack of control
NBA: Magic hand Knicks third straight loss
NBA: Magic extend Knicks' slump
Man Utd 'disrespected' before Liverpool clash - Van Dijk
Man Utd 'disrespected' - Van Dijk
Conceicao caps remarkable first week with Supercoppa success
Conceicao hails Milan character
Nuno urges Forest to 'stay humble' amid Premier League winning run
Nuno: Forest will stay humble
Queens Park Rangers 2-1 Luton Town: Bizarre Fox winner raises pressure on Edwards
Report: QPR 2-1 Luton
'Modric a gift for football' - Ancelotti champions Madrid midfielder after Minera goal
'Modric a gift for football'
Wolves 0-3 Nottingham Forest: Nuno's high-flying side move level with Arsenal in second
Report: Wolves 0-3 Forest