Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, merangkul pingat perak pada hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyelamatkan kempen kontinjen negara biarpun impian peribadi The Pocket Rocketman untuk menggenggam pingat emas masih tertangguh.
Bintang kelahiran Dungun, Terangganu itu muncul pelumba kedua terpantas di belakang juara bertahan dari Great Britain, Jason Kenny, dalam acara Keirin di Veledrom Izu hari ini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, menjadi antara individu yang paling lega sejurus kontinjen negara menambah pingat perak dalam acara terakhir yang disertai itu selepas beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, membutirkan pingat gangsa.
Reezal Merican berkata kepada wartawan Nadi Arena, Adam Zamri: "Sudah pasti (pingat perak) ini cukup bermakna memandangkan ini adalah hari terakhir sebelum tirai (Sukan Olimpik) dilabuhkan.
"Azizulhasni sejak dari awal lagi telah menjanjikan sesuatu, jadi dia adalah sebab saya mengemukakan sasaran pingat kerana kesungguhan, iltizam dan kemahuannya.
"Hari ini dia telah menunjukkannya dan saya amat berbangga dengan anak Terengganu ini kerana semangat yang ditunjukannya amat luar biasa," katanya.
Muzaffar Musa
Sun Aug 08 2021
Piala Trek Jepun II: Azizulhasni Awang raih dua gangsa di Shizuoka
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, sekali lagi menaiki podium dalam tempoh kira-kira 24 jam selepas meraih pingat gangsa dalam final keirin lelaki saingan Piala Trek Jepun II di Velodrom Izu di Shizuoka sebentar tadi.
Sukan Olimpik Paris: Azizulhasni dedah prestasi sedang meningkat walau sudah berusia 36 tahun
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, menganggap dirinya sangat bertuah kerana masih berupaya meningkatkan prestasinya meskipun sudah menjangkau usia 36 tahun.
Azizulhasni panjat syukur layak ke Sukan Olimpik kali kelima
Secara rasminya, tiga pelumba berbasikal trek negara sudah melayakkan diri ke Olimpik Paris yang diketuai The Pocket Rocketman
Tidak wujud unsur pilih kasih dan perkauman -- bekas atlet bimbingan Joo Ngan
Kemelut dalaman yang melanda Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) -- khususnya terarah kepada ketua jurulatih, Datuk Ng Joo Ngan, hari ini membawa lembaran baru apabila bekas anak didik lagenda negara itu tampil -- menempelak dakwaan bersifat perkauman dan sikap pilih kasih.
Tanpa ‘Uncle Joo Ngan', mungkin Azizulhasni bukan juara dunia
Jika diimbau kembali catatan lampau yang dinukilkan oleh juara dua kali pingat emas acara keirin di Sukan Asia di mana Dato' Azizulhasni Awang pernah mendedahkan beliau pernah digugurkan daripada program pelapis di Sekolah Sukan Bukit Jalil pada usia 18 tahun.
Cuma jalani latihan ringan sebelum ke Brisbane -- Azizulhasni
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengakui hanya menjalani latihan ringan sebelum menyertai Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 baru-baru ini.
Azizulhasni raih gangsa di Australia
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali ke podium apabila meraih pingat gangsa acara keirin di Kejohanan Kebangsaan Trek Berbasikal Australia 2024 di Velodrom Anna Meares Brisbane, Australia semalam.
Pengalaman kelebihan sebenar buat Azizulhasni
Jaguh keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang boleh dijulang sebagai pejuang sejati kerana sanggup berkorban biarpun terpaksa menahan kesakitan bagi memahat nama Malaysia di pentas antarabangsa.
Harrif ambil aura rakan sebaya, Azizulhasni
Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh, mahu mengambil aura jaguh keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang, dalam melakar lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.
Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut, Shah Firdaus terkandas
Jaguh berbasikal trek negara, Daruk Azizulhasni Awang, mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.
Timberwolves demolish Nuggets to force Game 7
Timberwolves rip Nuggets in Game 6
Nashville SC v Atlanta United: Long-time coach Smith departs in shock move
Nashville SC are on the lookout for a new coach after they elected to part ways with Gary Smith, despite a win in midweek.
FC Cincinnati v St. Louis City: Noonan looking for improved performance despite Atlanta win
Preview: FC Cincinnati v St. Louis
Martino 'won't take risks' but expects Messi to play this weekend
Martino expecting Messi to play
PGA Championship: Schauffele sets pace with historic round
Schauffele sets Valhalla pace
Almeria 0-2 Barcelona: Fermin at the double in easy Blaugrana win
Report: Almeria 0-2 Barcelona
Sabalenka defeats Collins to set up Swiatek rematch
After losing to Iga Swiatek in Madrid earlier in May, Aryna Sabalenka will get the chance for revenge when she faces the Pole in Rome.
Charlotte FC v LA Galaxy: Smith looking to build on 'untidy' win over Fire
Charlotte FC will bid to make it four straight wins when they welcome the LA Galaxy this weekend.
Klopp jokes he 'doesn't like Maddison' after failing to block Kompany winner
Klopp: I don't like Maddison!
Al-Ittihad pegged back as winless run rolls on
Al-Ittihad's poor run continued as they drew 1-1 with Al-Khaleej in the Saudi Pro League on Thursday.