Kemelut dalaman yang melanda Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (KLCA) -- khususnya terarah kepada ketua jurulatih, Datuk Ng Joo Ngan, hari ini membawa lembaran baru apabila bekas anak didik lagenda negara itu tampil -- menempelak dakwaan bersifat perkauman dan sikap pilih kasih.

Sebaliknya, ia dianggap sebagai tuduhan liar dengan niat untuk menjatuhkan kredibiliti pengendali berusia 77 tahun itu yang melahirkan lambakan jaguh negara termasuklah Datuk Azizulhasni Awang suatu ketika dahulu.

Sebelum ini, wakil ibu bapa kepada pelumba Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur meluahkan rasa kecewa dengan layanan yang diberikan jurulatih itu umpama wujudnya layanan 'anak tiri' terhadap anak mereka.

Namun hasil perbincangan bersama individu yang bekerja rapat bersama Joo Ngan itu -- mendedahkan sikap dan keperibadian berbeza -- tidak seperti yang digambarkan.

Untuk rekod, Joo Ngan melahirkan lebih ramai atlet berbangsa melayu berbanding cina mahupun india -- dan fakta itu sudah cukup menggambarkan sikap profesionalisme Joo Ngan selaku jurulatih.

Difahamkan, kemelut dalaman itu tercetus apabila segelintrir ibu bapa tidak berpuas hati, anak mereka tidak terpilih sesi pemilihan pelumba ke Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak.

Diharapkan joo ngan terus cekal mengerah kudrat dan keringat demi mencari pelapis generasi baharu.