Satu laporan minggu ini menyatakan Rashford telah bertemu dengan sebuah agensi sukan terkemuka dalam usaha untuk memastikan perpindahannya dari Old Trafford selepas tidak mendapat minit permainan beberapa minggu kebelakangan ini.
Perkara itu terjadi selepas pemain kebangsaan England itu memberikan bayangan dalam sebuah temu bual bahawa dirinya bersedia 'mencari cabaran baru' dengan dia seakan tidak mendapat sokongan di bawah pengurus baru The Red Devils, Ruben Amorim.
Begitupun, pemain berusia 27 tahun itu menolak dakwaan itu menerusi media sosialnya bahawa dia ingin menukar ejen.
"Terdapat banyak cerita palsu yang ditulis sejak beberapa minggu lalu tetapi kawan-kawan, ini semakin tidak masuk akal -tidak pernah bertemu dengan mana-mana agensi dan ntidak mempunyai rancangan untuk melakukan perkara itu," ujarnya menerusi Story Instagram.
Untuk rekod, Rashford telah menjaringkan dua gol dalam tiga perlawanan pertama di bawah kendalian Amorim tetapi gagal menjaringkan gol dalam tiga aksi berikutnya sebelum diketepikan daripada skuad utama.
?❗️ Marcus Rashford on Instagram. pic.twitter.com/d17YWt9Duz
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 1, 2025
Secara keseluruhannya, dia telah menjaringkan tujuh gol sepanjang 24 penampilan dalam semua pertandingan untuk United musim ini, manakala hanya Amad Diallo (lapan) dan Bruno Fernandes (sembilan) telah terlibat dalam lebih banyak gol daripadanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
United akan berdepan Liverpool di Anfield dalam perlawanan seterusnya.